Thursday, September 25, 2008

CERITA KG. TITINGAN @ ICE BOX TAWAU



Kampung Titingan adalah sebuah kampung yang terletak di Tawau, Sabah. Kampung ini turut di kenali sebagai Kampung Ice Box atau Ice Box sahaja. Oleh kerana keluasannya serta populasi yang ramai disamping kebanyakan tanah di kampung ini adalah milik tanah kerajaan, kampung ini turut dilabelkan sebagai sebuah setinggan.

Kampung ini mempunyai jumlah pendatang asing tanpa izin yang ramai dan kebanyakannya adalah berasal dari Filipina dan ada juga yang berasal dari Indonesia.

Disebabkan kehadiran pendatang tanpa izin yang ramai, kes jenayah serta kegiatan gangsterisme dari kampung ini adalah tinggi. Kampung ini turut dilabel sebagai salah satu kawasan hitam di Tawau.

Pembahagian

Kampung ini dibahagikan kepada tiga iaitu Kampung Titingan Pasir, Kampung Titingan Tengah serta Kampung Titingan Hujung. Setiap bahagian kampung terdiri daripada lorong-lorong kampung dan setiap lorong tersebut terdiri daripada beberapa blok.

Bahagian yang terdekat sekali dengan Pusat Bandar Tawau adalah Kampung Titingan Pasir dan yang terletak paling hujung sekali ialah Kampung Titingan Hujung.

Kemudahan pendidikan

Kampung ini mempunyai beberapa sekolah serta tabika terdekat. Berikut adalah senarai mengikut jenis:

Isu penting

Pencemaran tanah yang berlaku di Kampung Titingan

Pencemaran tanah yang berlaku di Kampung Titingan

Kebakaran besar

Telah banyak kebakaran besar yang telah berlaku di Kampung Titingan dan dua daripadanya adalah kebakaran besar. Satu daripada kebakaran besar tersebut berlaku sekitar 1990-an dan telah mendapat liputan daripada saluran-saluran televisyen di Malaysia.

Perobohan

Pada awal 2000-an, kerajaan telah melakukan operasi merobohkan rumah-rumah milik penduduk kampung yang didirikan di atas tanah kerajaan. Berikutan dengan ini, kebanyakan pendatang tanpa izin yang kehilangna rumah telah berpindah ketempat lain dan lantas kegiatan gangsterisme berkurang. Walaubagimanapun, kegiantan jenayah seperti perniagaan syabu (dikenali oleh penduduk setempat sebagai batu), perjudian haram (terutama sekali permainan judi serupa toto iaitu wahui), kecurian dan sebagainya masih berlaku.

Pencemaran

Selain kegiatan jenayah, masalah pendatang haram dan gangsterisme, kampung ini turut membawa kepada pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran laut serta sungai. Kampung Titingan adalah sebuah kampung di atas air, atau di terletak di tepi laut.[1] Oleh kerana ia merupakan setinggan, Majlis Perbandaran Tawau (MPT) tidak menyediakan sebarang perkhidmatan pemungutan sampah. Penduduk kampung pula mengambil langkah mudah iaitu dengan membuang sampah ke sungai serta laut. Akibatnya kawasan tepi laut di kampung ini dipenuhi dengan sampah sarap. Ini adalah satu kerugian kerana pantai di kampung ini adalah mempunyai pantai yang indah pada tahun 70-an serta 80-an.

Trivia

  • Kampung Titingan lebih dikenali sebagai Kampung Ice Box di seluruh Sabah. Ia merupakan salah satu kampung yang terkenal di Sabah kerana gangsterisme-nya. Kebanyakan orang yang bukan berasal daripada kampung ini takut memasuki kampung ini kerana takut diugut dan sebagainya.
  • Walaupun Kampung Titingan adalah sebuah kampung yang bermasalah, namun kampung ini turut menghasilkan pelajar-pelajar yang berjaya. Antaranya adalah Darman Nordin yang telah mendapat kepujian tertinggi, Anugerah Pelajar Diraja di Universiti Kebangsaan Malaysia.[2]

3 comments:

yulie_3pleCgel said...

duinya jd topik kpg ku.....skg ndak suda bha,clear da tmpt 2...huhuhu

Unknown said...

Sekarang sudah aman

Anonymous said...

Baru baru ada Kes ibu kepada seorang budak perempuan meninggal gara2 kena ragut...