Friday, August 21, 2009

Pertarungan Unit Beruniform SMKTTF






Baru seminggu aku mula praktikal macam-macam aktiviti aku buat di sekolah tercintaku SMK Taman Tun Fuad. Semakin hari semakin aku mula jatuh cinta dengan SMKTTF. Bermula 3 Julai - 5 Julai 2009 lalu aku terlibat dengan aktiviti kokurikulum sekolah iaitu Perkhemahan Perdana Rakan Muda Unit-unit Beruniform SMKTTF. Kesemua unit beruniform sekolah seperti Kadet Polis, Kadet Bomba, PBSMM, Pandu Puteri, Puteri Islam, Pengakap, St. John, Kadet Remaja Sekolah menyertai perkhemahan tersebut.

Selaku guru praktikal yang berkecimpung dalam bidang kepolisan di kampus UMSku iaitu sebagai anggota SUKSIS dan baru-baru sahaja menamatkan latihan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang serta telah ditauliahkan sebagai Inspektor Sukarelawan Simpanan Polis oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Bin Tan Sri Hj Hassan. Pengalaman selama mengikuti SUKSIS di UMS telah membolehkan aku diarahkan oleh guru penasihat Kadet Polis SMKTTF untuk melatih anggota-anggota kadet polis dari segi latihan kawad kaki dan sebagainya. Sepanjang perkhemahan ini, aku ditugaskan melatih kawad kaki dan menjaga disiplin anggota kadet polis.

Para anggota kadet polis yang mengikuti perkhemahan tersebut dapat mengikuti arahan aku dengan baik walaupun adakalanya mereka terlepas juga dari mengikuti arahan aku. Apa lagi sesiapa yang melanggar arahan macam biasa turun 20 (tekan tubi@pumping). Mereka semua terpaksa ikut akhirnya. ha.....kesian dorang dapat cikgu macam aku. Sabarla nak bapak pun macam tu juga dulu. Hi....

Sepanjang tiga hari aktiviti berlangsung aku dengan ketua kem komandan perkhemahan Cikgu Adzlin (abang kepada rakan praktikal ku di UMS). Belaiu seorang yang peramah dan banyak bercerita tentang sekolah SMKTTF kepada aku. Bermula dari pelajar-pelajarnya sehinggalah kepada perkara yang sulit tentang guru-gurunya. Macam-macam ada. heeee... Sabarjklah bagi aku yang baru praktikal ini. Terima jak apa yang diarahkan dan ketidakpuashatian beberapa pihak. Yang penting aku buat kerja aku dan tidak susahkan orang.

Yang hairannya sepanjang perkhemahan hanya beberapa orang guru penasihat bagi setiap unit beruniform yang bertugas seperti yang ditugaskan dalam mesyuarat lalu. Terpaksalah aku, cikgu adzlin & penolong kanan kokum sendiri turun padang menjaga dan menidurkan peserta.........bersambung.......

Friday, September 26, 2008

CAKAP-CAKAP ORANG TAWAU


Loghat Tawau adalah corak pertuturan bagi penduduk-penduduk di daerah Tawau,Sabah yang sering berevolusi. Ia juga kadang kala dipanggil sebagai Cakap Tawau atau Slang Tawau. Loghat Tawau merupakan campuran banyak bahasa antaranya Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, Bahasa Cina, Bahasa Bumiputra malahan Bahasa Inggeris.

Ekspresi
Ekspresi di sini adalah kata-kata reaksi yang sering diluahkan oleh orang Tawau pada masa-masa tertentu. Sama ada ketika terkejut, kagum, merasa curiga atau kurang yakin dan lain-lain.

Senarai kata-kata ekspresi

• wei , ui atau ai
Digunakan ketika terkejut, marah, hairan ataupun kagum. Contoh penggunaannya: "Wei na, besar jugak bajumu tu!".

• astaga atau ya ampun
Digunakan apabila merasa terkejut ataupun kecewa.

• be
Satu ekspresi unik dalam loghat Tawau yang menunjukkan kekaguman, curiga atau tidak yakin.
Contoh penggunaan untuk ketidak yakinan: "Be, betulka jugak cakap mu tu?"

Tegur sapa
Tegur sapa yang dimaksudkan adalah perinteraksian seperti menyapa, mengucap selamat tinggal, menegur dan sebagainya.

Senarai tegur sapa

• oi
Satu bentuk sapaan seperti hello atau hai yang merupakan bentuk tidak formal. Boleh juga digunakan untuk menegur kelakuan seseorang, tetapi digunakan dengan nada yang lebih nyaring atau marah.

• ayo
Ayo di sini membawa maksud selamat tinggal. Ia adalah satu bentuk yang lebih sopan untuk mengucap selamat tinggal.

• wei
Menegur pihak kedua yang tidak sedar akan kehadiran pihak pertama.

Senarai perkataan yang berbeza dengan bahasa Melayu baku
• nda - tidak
• ayo - jom, mari
• kompek - beg plastik
• kumpau, boro - sombong
• betrep - berlagak
• smat - baik, segak, bagus
• ngam - sesuai, tepat, betul
• bachat - tertekan, sakit hati
• concang - berkongsi
• piring - pinggan
• sendok - sudu, senduk
• sudip - senduk untuk menggoreng
• sumpak, kebak - merujuk kepada potongan rambut yang tidak rata.
• kasik - bagi
• mengasik - memberi, mebuatkan
• tapok - sembunyi
• bebeng - air liur basi
• dok sah - tak payah
• dak da - tidak ada
• hambur - berselerak, tidak teratur, tidak bertepatan.
• jelek - hodoh, buruk
• temberang - sombong (berbeza dengan maksud sebenar dalam bahasa melayu iaitu cakap besar)
• kilik , sot - otak tidak betul
• sembarang - apa-apa sahaja, secara rawak
• lanjik - merujuk kepada perempuan yang gedik
• kakus - tandas
• odol - ubat gigi
• ember - baldi
• getek - merujuk kepada lelaki gatal.
• bikin - buat
• pegal - tekanan,sakit hati

Evolusi perkataan
Penduduk Tawau sering menyingkatkan perkataan-perkataan untuk perbualan yang lebih cepat. Pelbagai kata telah disingkatkan. Penyingkatan kata sering dimulakan oleh golongan remaja atau lebih tepat lagi pelajar-pelajar di Tawau.
Beberapa Contoh kata-kata atau frasa-frasa yang berevolusi
• ndak kepada dak
• ndak usah kepada dok sah
• tengok kepada nengok

Thursday, September 25, 2008

CERITA KG. TITINGAN @ ICE BOX TAWAU



Kampung Titingan adalah sebuah kampung yang terletak di Tawau, Sabah. Kampung ini turut di kenali sebagai Kampung Ice Box atau Ice Box sahaja. Oleh kerana keluasannya serta populasi yang ramai disamping kebanyakan tanah di kampung ini adalah milik tanah kerajaan, kampung ini turut dilabelkan sebagai sebuah setinggan.

Kampung ini mempunyai jumlah pendatang asing tanpa izin yang ramai dan kebanyakannya adalah berasal dari Filipina dan ada juga yang berasal dari Indonesia.

Disebabkan kehadiran pendatang tanpa izin yang ramai, kes jenayah serta kegiatan gangsterisme dari kampung ini adalah tinggi. Kampung ini turut dilabel sebagai salah satu kawasan hitam di Tawau.

Pembahagian

Kampung ini dibahagikan kepada tiga iaitu Kampung Titingan Pasir, Kampung Titingan Tengah serta Kampung Titingan Hujung. Setiap bahagian kampung terdiri daripada lorong-lorong kampung dan setiap lorong tersebut terdiri daripada beberapa blok.

Bahagian yang terdekat sekali dengan Pusat Bandar Tawau adalah Kampung Titingan Pasir dan yang terletak paling hujung sekali ialah Kampung Titingan Hujung.

Kemudahan pendidikan

Kampung ini mempunyai beberapa sekolah serta tabika terdekat. Berikut adalah senarai mengikut jenis:

Isu penting

Pencemaran tanah yang berlaku di Kampung Titingan

Pencemaran tanah yang berlaku di Kampung Titingan

Kebakaran besar

Telah banyak kebakaran besar yang telah berlaku di Kampung Titingan dan dua daripadanya adalah kebakaran besar. Satu daripada kebakaran besar tersebut berlaku sekitar 1990-an dan telah mendapat liputan daripada saluran-saluran televisyen di Malaysia.

Perobohan

Pada awal 2000-an, kerajaan telah melakukan operasi merobohkan rumah-rumah milik penduduk kampung yang didirikan di atas tanah kerajaan. Berikutan dengan ini, kebanyakan pendatang tanpa izin yang kehilangna rumah telah berpindah ketempat lain dan lantas kegiatan gangsterisme berkurang. Walaubagimanapun, kegiantan jenayah seperti perniagaan syabu (dikenali oleh penduduk setempat sebagai batu), perjudian haram (terutama sekali permainan judi serupa toto iaitu wahui), kecurian dan sebagainya masih berlaku.

Pencemaran

Selain kegiatan jenayah, masalah pendatang haram dan gangsterisme, kampung ini turut membawa kepada pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran laut serta sungai. Kampung Titingan adalah sebuah kampung di atas air, atau di terletak di tepi laut.[1] Oleh kerana ia merupakan setinggan, Majlis Perbandaran Tawau (MPT) tidak menyediakan sebarang perkhidmatan pemungutan sampah. Penduduk kampung pula mengambil langkah mudah iaitu dengan membuang sampah ke sungai serta laut. Akibatnya kawasan tepi laut di kampung ini dipenuhi dengan sampah sarap. Ini adalah satu kerugian kerana pantai di kampung ini adalah mempunyai pantai yang indah pada tahun 70-an serta 80-an.

Trivia

  • Kampung Titingan lebih dikenali sebagai Kampung Ice Box di seluruh Sabah. Ia merupakan salah satu kampung yang terkenal di Sabah kerana gangsterisme-nya. Kebanyakan orang yang bukan berasal daripada kampung ini takut memasuki kampung ini kerana takut diugut dan sebagainya.
  • Walaupun Kampung Titingan adalah sebuah kampung yang bermasalah, namun kampung ini turut menghasilkan pelajar-pelajar yang berjaya. Antaranya adalah Darman Nordin yang telah mendapat kepujian tertinggi, Anugerah Pelajar Diraja di Universiti Kebangsaan Malaysia.[2]

Tuesday, September 23, 2008



KEJADIAN DI SEBALIK 11 SEPTEMBER

Cerita-cerita yang dilihat sebagai kebetulan. Sila teliti bahagian yang terakhir.


1. Bandar "New York City" ada 11 huruf.
2. Negara "Afghanistan" ada 11 huruf.
3. Nama "George W Bush" ada 11 huruf.
4. Nama "Ramzi Yousef" (pengganas yang mengancam untuk memusnahkan menara berkembar pada tahun 1993) ada 11 huruf juga.

Bahagian ini ada sedikit kebetulan, ianya menjadi lebih menarik:
1. Bandar " New York City " adalah negeri ke 11 di dalam Amerika.
2. Kapal terbang pertama yang melanggar menara berkembar bernombor 11.
3. Kapal terbang bernombor 11 membawa 92 penumpang. 9+2 = 11.
4. Kapal terbang bernombor 77 yang turut melanggar menara berkembar membawa 65 penumpang. 6 + 5 = 11.
5. Tragedi berlaku September 11, atau disebut 9/11 seperti yang disebut sekarang. 9 + 1 + 1 = 11.
6. Tarikh tragedi bersamaan dengan nombor telefon kecemasan di Amerika, 911. 9 + 1 + 1 = 11.

Kebetulan ker? Teruskan membaca dan fikirkan.
1. Jumlah penumpang yang terkorban dalam rampasan pesawat untuk tragedi itu = 254. 2 + 5 + 4 = 11.
2. Tarikh September 11 adalah hari ke 254 dalam kalendar bagi setahun. Sekali lagi 2 + 5 + 4 = 11.
3. Pengeboman di Madrid berlaku pada 3/11/2004. 3 + 1 + 1 + 2 + 0 + 0 + 4 = 11.
4. Tragedi di Madrid berlaku selepas 911 hari dari tragedi menara berkembar berlaku. 9 + 1 + 1 = 11.

Amacam? korang masih tak dapat menerima hakikat semua ini? Cuba korang lakukan seperti berikut dan nilai bagaimana pendapat korang selepas itu...

Buka program Microsoft Word dan lakukan seperti berikut.
1. Tulis dengan HURUF besar perkataan Q33 NY. Ini adalah nombor kapal terbang pertama yang melanggar menara berkembar.
2. Pilih semua perkataan Q33 NY (highlight).
3. Tukarkan saiz tulisan ke 48
4. Kemudian di pilihan "Format", klik pada "fonts" dan cari huruf WINGDINGS
5. Pilih huruf WINGDINGS (bukan wingdings 1 atau 2) dan tekan ok, dan apakah yang korang lihat sekarang ?

fikir-fikirkan...

Sunday, September 21, 2008

TAWAU DALAM SEJARAH

Sekarang

TAWAU BUMI BERTUAHKU

Tawau merupakan nama sebuah bahagian, daerah dan juga bandar di Sabah. Tawau kini merupakan bandar ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Bandar ini dihubungkan dengan ibu negeri (Kota Kinabalu) melalui jalan raya sejauh 500 km, laluan udara (Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau) dan laut (pelabuhan Tawau).

Sejarah

Sejarah Tawau tidak diketahui dengan jelas terutamanya sebelum tahun-tahun 1890-an. Bagaimanapun Tawau telahpun berpenduduk dengan sebuah perkampungan kecil nelayan dengan 200 orang penduduk pada tahun 1898. Pada ketika itu Tawau berada dibawah kuasa Kesultanan Sulu. Dalam satu perjanjian yang termeterainya pada 22 Januari 1978, Kesultanan Sulu menyerahkan kawasan di persekitaran Tawau yang wujud masakini kepada pihak Inggeris

Tawau menjadi sebahagian daripada kawasan jajahan orang-orang Inggeris iaitu melalui Syarikat (Berpiagam) Borneo Utara. Mengikut catatan The North Borneo Annual Volume (1955-1965) menyatakan sistem pentadbiran bermula pada tahun 1898, iaitu berikutan langkah-langkah pihak Syarikat (berpiagam) Borneo Utara membuka sebuah penempatan di Tawau dan seterusnya mengadakan asas-asas pentadbiran Kerajaan Tempatan di situ.

Untuk mengelak perselisihan faham dengan pihak Belanda yang memerintah Indonesia pada masa tersebut tidak, disebabkan Tawau berkongsi sempadan dengan Indonesia, pihak pemerintahan Inggeris telah mengambil langkah-langkah untuk menetapkan sempadan. Ini disebabkan sempadan asal bagi kawasan yang telah diserahkan kepada pihak Inggeris oleh kedua-dua Sultan Brunei dan Sultan Sulu ialah di bawah Sungai Sibuco berdekatan dengan Tarakan (Indonesia) yang mana kawasan tersebut termasuk di bawah pemerintahan Belanda yang ketika itu telah sedia ada menghuni di kawasan tersebut. Berikutan itu satu suruhanjaya Sempadan telah ditubuhkan pada tahun 1912 yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari United Kingdom dan Belanda.

Sebuah Laporan Bersama telah disediakan beserta dengan peta dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya masing-masing di Tawau pada 17 Februari 1913. Kemudian mengikut protokol di antara United Kingdom dan Belanda yang telah ditandatangani di London pada 28 September 1915, kedua-dua kerajaan mengesahkan laporan bersama dan peta tersebut.

Geografi

Daerah Tawau meliputi kawasan seluas 6,125 km persegi atau 612,506 hektar. Ia berkongsi sempadan dengan Kalimantan, Indonesia di selatan serta dikelilingi Laut Sulu di timur dan Laut Sulawesi di selatan.

Tawau mempunyai 10 mukim dan 81 kampung yang terhimpun dalam dua kawasan parlimen dan enam Dewan Undangan Negeri (DUN). Parlimen Tawau mengandungi DUN Sri Tanjung, Apas dan Balung sementara Parlimen Kalabakan mengandungi Merotai, Tanjung Batu dan Sebatik. Dahulunya ia terkandung dalam satu kawasan parlimen dengan empat kawasan pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah iaitu Balung, Merotai, Sri Tanjung dan Kalabakan.

Terdapat beberapa kawasan hitam yang dikatakan terlibat dengan pelbagai kes jenayah. Antara kawasan-kawasan tersebut adalah

  1. Batu 4
  2. Kampung Titingan atau Ice Box
  3. Kampung Pisang

Demografi

Sehingga 2000, populasi Tawau dianggarkan berjumlah kira-kira 304,888 orang penduduk.


Statistik Populasi (Banci 1991)
Jumlah

245,000

Perempuan 114,416
Lelaki 130,312
Melayu 11,516
Dusun 921
Kadazan 2,808
Bajau 17,094
Murut 1,529
Bumiputera Lain 24,946
Cina 35,097
Orang Indonesia 55,057
Bukan-Bumiputera Lain 3,727
Jumlah Warganegara Malaysia 152,695
Jumlah Warganegara Bukan-Malaysia 92,033
Sebaran Populasi 14.1%
Ketumpatan Populasi 40/km²



BERITA BAIK: Mari Kita Kongsi Tips Ramadhan Kawan-kawan

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadr :

1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata, tidak untuk kesibukan lain.

2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah swt dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk “Hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera” (Al-Quran).

3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk Iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah Iktikaf dan Qiyamullail 10 Malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.

4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.

5. Jika anda bekerja dibawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu 27/9/2008 dan Ahad 28/9/2008.

6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.

7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal, sebelum 10 Malam Terakhir, agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.

8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai kearah perubahan tersebut.

Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Ameen.

Tuesday, September 9, 2008

Biru Tua Vs Biru Muda = Biru Muda Menang Why?

Berdasarkan senario semasa, BN berdepan dengan satu tentangan yang amat luar biasa dan peluang untuk menguasai kerusi tersebut amat sukar berdasarkan faktor-faktor berikut:

Pertama, Umno sama ada di peringkat Permatang Pauh mahupun di peringkat negeri berada dalam keadaan yang amat lemah.

Transformasi politik di peringkat negeri telah melemahkan kedudukan Umno Pulau Pinang dan sehingga kini masih belum pulih dan terus bergolak.

Misalnya Umno Jelutong parah sehingga sumber berita menyatakan ahli-ahli cawangan meninggalkan parti untuk menyertai PKR.

Begitu juga dengan bahagian-bahagian lain yang lemah dan mempunyai hubung kait dengan kelemahan dan perebutan kuasa dalaman yang sedang berlaku di peringkat persekutuan kesan daripada keputusan pilihanraya umum lepas.

Transformasi kerajaan negeri daripada BN kepada Pakatan Rakyat telah menyebabkan punca pendapatan pemimpin-pemimpin Umno di peringkat bahagian tergendala.

Pemimpin-pemimpin peringkat ini tidak lagi mempunyai apa-apa peranan dalam negeri - dan keadaan ini turut menyumbang kepada kelemahan pentadbiran peringkat bahagian.

Berbeza sama sekali dengan Pakatan Rakyat yang semakin kukuh dari segi pengurusan organisasi.

Kedua, faktor calon akan menyumbang kepada prestasi parti dalam pilihanraya kecil namun sehingga kini calon umno belum diumumkan. Malah tawaran diri untuk bertanding oleh Mohamad Ezam Mohd Nor telah ditolak oleh Umno Permatang Pauh.

Manakala mufti Perlis walaupun ditawarkan untuk bertanding telah menolak.

Calon tempatan bersesuaian, namun kemungkinan besar akan berlaku sabotaj di peringkat bahagian sendiri kerana sekiranya calon BN dari Umno menang, beliau akan menjadi pemimpin besar baik di peringkat bahagian mahupun persekutuan.

Pemimpin bahagian yang tidak terpilih pula akan berusaha untuk menghalang kemenangan tersebut.

Calon PKR iaitu Anwar sendiri dilihat sebagai seorang calon gergasi - berbanding keupayaan berpidato calon BN yang amat kurang dalam kalangan pemimpin BN buat ketika ini.

Ketiga, keputusan kerajaan Persekutuan menangguhkan atau membatalkan beberapa projek mega yang dijanjikan kepada rakyat Pulau Pinang telah meningkatkan perasaan tidak berpuas hati di kalangan rakyat negeri.

Walaupun perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi sendiri anak negeri itu, tindakan kerajaan pimpinannya telah ditafsirkan sebagai satu keputusan politik untuk "membalas dendam". Perkara ini dijangka menjadi satu isu dan akan diinterpretasikan dalam bentuk undi.

Kerajaan negeri, walaupun dikuasai oleh Pakatan Rakyat, namun masih terlalu awal untuk menilai keupayaan dan kebolehan pentadbiran.

Pemimpin-pemimpin negeri akan mengadu bahawa kerajaan persekutuan menganaktirikan kerajaan negeri dan gagal memberikan bantuan sewajarnya walaupun rakyat Pulau Pinang turut menyumbang dari segi bayaran cukai.

Keempat, kenaikan harga barang, petroleum dan situasi ekonomi yang tidak menentu juga turut menjadi isu. Walaupun pilihanraya umum telah berlalu, namun setakat ini kerajaan persekutuan masih belum bergerak dengan pantas kerana perebutan kuasa dalam Umno.
Perebutan kuasa dan usaha-usaha berterusan untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing dalam parti telah menghalang penumpuan dalam tugas-tugas kerajaan. Hasilnya, usaha-usaha untuk menangani kemelesetan ekonomi dan isu-isu yang mempunyai kepentingan rakyat terbantut.

Keadaan ini menyebabkan taraf kehidupan rakyat semakin terancam dan terganggu. Ia akan menimbulkan ketidakpuasaan hati yang akan mendorong pemilih untuk tidak mengundi calon BN.

Isu-isu projek mega yang gagal dan isu komisen akan turut berkumandang. Misalannya projek MRR2. Projek tersebut dibina dengan kos RM238 juta, kemudian baik pulihnya menelan lagi kos RM70juta dan kini lebuhraya jejambat itu kembali retak.

Kelima, kes moral yang ditimbulkan semula mempunyai kesan timbal balas kepada parti pemerintah. Majoriti tidak bersetuju dan tidak percaya tuduhan terbaru terhadap Anwar.

Kajian Merdeka Center membuktikan masyarakat tidak menerima tuduhan tersebut dan menganggap laporan polis ke atas Anwar satu konspirasi politik. Dalam situasi yang sedemikian, Umno sebenarnya terperangkap.

Sekiranya tuduhan dikenakan ke atas Anwar sebelum tarikh penamaan calon, maka dunia akan melihat tindakan tersebut sebagai satu usaha kerajaan BN untuk menghalang beliau daripada kembali ke dalam arus perdana politik negara tetapi sekiranya Pejabat Peguam Negara berpendapat, tidak ada fakta untuk didakwa di mahkamah, maka dunia akan turut menyalahkan parti pemerintah kerana cuba membina kes palsu untuk menghalang kebangkitan Anwar.

(Anwar telah dituduh di mahkamah atas tuduhan mengadakan hubungan seks luar tabii sehari selepas Suruhanjaya Pilihan Raya [SPR] mengumumkan tarikh 16-26 Ogos untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh - editor)

Keenam, tidak dilupakan juga pengundi Cina dan India. Gabungan dua kumpulan pemilih tersebut 17,826 undi yang merupakan satu jumlah yang agak besar.

Dalam situasi sekarang, tidak keterlaluan sekiranya dinyatakan sebilangan besar daripada dua kumpulan masyarakat tersebut tidak akan mengundi parti pemerintah. Tahap ketidakpuasaan hati mereka lebih tinggi terhadap Umno daripada MCA atau MIC.

Sikap pemimpin Umno yang celupar dan menghina kumpulan pengundi bukan Melayu dengan memanggil sebagai 'penderhaka' kerana mengundi pembangkang akan ditiupkan sebagai satu isu.

Malah keengganan pemimpin MIC untuk menetapkan tarikh peralihan kuasa akan turut menjauhkan masyarakat India daripada MIC dan BN. Kedudukan MIC baik di peringkat negeri mahupun bahagian juga lemah.

Kemasukan masyarakat Cina bersama PKR dan masalah dalaman MCA juga akan turut menyumbang undi pengundi cina kepada PKR. Manakala Gerakan dan PPP berada dalam situasi yang sangat lemah untuk memberikan apa-apa impak untuk memenangi hati pengundi.

Ketujuh, Badan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) tetap merupakan satu kuasa politik masyarakat India yang akan membantutkan usaha untuk memenangi hati pengundi India. Keengganan kerajaan untuk membebaskan kelima-lima pemimpinnya ditafsirkan sebagai keengganan Umno, dan bukan keputusan BN.

Anggapan ini muncul kerana kesemua komponen BN dari Semenanjung telah menggesa kerajaan agar membebaskan kelima-lima pemimpin Hindraf kecuali Umno.

Anwar menjanjikan pembebasan kelima-lima pemimpin tersebut dan sudah tentu ia akan mempengaruhi minda pemilih India. Oleh yang demikian sudah tentu pengundi India akan melihat Umno dari perspektif negatif.

Malah kedudukan dari segi jawatan kerajaan untuk masyarakat India bawah kerajaan Pakatan Rakyat lebih menonjol berbanding kerajaan persekutuan.

Kelapan, walaupun BN masih mempunyai kelebihan kerana menguasai media, sumber kewangan dan jentera kerajaan, namun P44 bukanlah satu laluan mudah untuk dimenangi.

Sekiranya kerajaan persekutuan membuat pelaburan secara besar-besaran seperti yang dilakukannya dalam pilihanraya Ijok atau menumpukan terlalu banyak masa untuk menonjolkan isu moral atau melaksanakan strategi serangan peribadi ke atas Dr Wan Azizah, ia akan mengundang lebih banyak tindak balas negatif daripada pemilih.

Berdasarkan analisis ini, saya berpendapat Anwar akan memenangi kes beliau di "mahkamah rakyat" dengan kuasa majoriti sekurang-kurangnya 20,000 undi.

Bagaimanapun tidak dinafikan kedua-dua pihak mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kedua-dua parti yang bertanding harus bekerja untuk memenangi hati rakyat. Sebarang kesilapan atau tindakan keterlaluan boleh menyebabkan kekalahan.

Pendekatan bersopan wajar menjadi pegangan. Pilihanraya ini sebenarnya satu medan yang terbaik untuk penganalisis politik menjalankan kajian akan peranan kuasa rakyat.